Bagaimana Kami Boleh Membantu?

Dah ramai "owner rumah" yang gembira dengan hasil kerja kami. Jadi salah satu dari mereka hari ini.

Plaster Ceiling

Lihat lebih design di FB kami.

Renovasi Rumah

Lebih informasi di sini

Kitchen Kabinet & Almari

Kemasan premium, kemas

Beep..Beep..

Bunyi menandakan ada whatsapp masuk ke telefon saya..

Terus saya capai telefon dan melihat messagenya…

Bunyinya..

“Assalamualaikum..”

“Hi MKK.. Saya nak renovate rumah.. Berapa kos nak buat plaster ceiling di ruang tamu rumah saya?”

Saya senyum panjang. Bersyukur kerana ada pelanggan bertanya tentang harga plaster ceiling. Memang inilah antara soalan paling lazim yang akan ditanya oleh pelanggan renovation rumah kami.

Jawab kami.

“Waalaikummmusalam..”

“Begini Tuan..Untuk mengetahui harga plaster ceiling saya perlu beberapa butiran maklumat dari Tuan..”

  1. Berapa luas nak buat?
  2. Apa jenis design pilihan?
  3. Dan ada tak kerja-kerja lain yang terlibat..Contohnya kerja elektrikal dan kerja mengecat..

“Apabila Tuan berikan butiran di atas baru saya boleh berikan harga anggaran renovation rumah atau plaster ceiling..”

Sambung kami lagi.

“Jika Tuan ok dengan harga anggaran plaster ceiling kami akan buat lawatan tapak dan berikan harga yang rasmi..Harga yang kami berikan nanti sesuai dengan kekemasan kerja plaster ceiling yang cantik dan kemas. Lagipun plaster board yang kami guna mendapat sijil SIRIM tau..Untuk keselamatan yang lebih terjamin..Oh ya, harga plaster siling ne..semakin luas kawasan yang dibuat..semakin murah tau..”

“Kalau tuan tak ada idea nak design yang macam mana. Tuan juga boleh melihat hasil kerja kami di SINI.”

“Tuan yang dihormati,”

“Lami bukan setakat buat plaster ceiling sahaja”

“Renovate rumah pun ada tau..”

Begitulah.

Di Sini Kami Kongsikan 5 Tips Renovate Rumah Cara Professional

1. Cari Idea Dari Sumber “PERCUMA”

Mulakan membuat rujukan tentang idea dekorasi mengikut kesesuaian minat dan citarasa kita seisi keluarga. Dengan cara ini , kita telah dapat membuat penjimatan terhadap kos melantik perunding hiasan dalaman professional. Kita boleh dapat khidmat nasihat percuma dari Google, Majalah hiasan dalaman, dan cara paling meletop adalah dengan cara berjalan-jalan dapatkan idea di rumah-rumah contoh yang disediakan oleh pemaju perumahan. Masih tak jumpa idea? Bercakap dengan kami hari ini.

2. Tetapkan Budget Mengikut Kemampuan

Setelah pilih konsep dan tema hiasan dalaman bagi kediaman, kita perlu berpijak di bumi nyata pula. Tetapkan budget mengikut kemampuan. Setiap ruang kita berikan anggaran kos yang akan dibelanjakan. Misalnya ruang tamu maksimum RM10 ribu sahaja, ruang makan RM8 ribu, bilik utama RM5 ribu dan seterusnya bilik-bilik yang lain. Dengan adanya budget renovation rumah yang ditetapkan ini bolehlah mencari kontraktor rumah atau desinger. Barulah tidak buang masa kedua belah pihak dan anda akan lebih yakin berbual!

3. Lagak Sebagai Tetamu

Semasa menghias, lagaklah seperti tetamu yang datang berkunjung ke rumah. Berdiri di depan muka pintu rumah dan melangkah masuk. Apa yang perlu ada dari pintu masuk hingga ke ruang-ruang lain? Perlukah ruang masuk disekat dan membentuk “Foyer” terlebih dahulu? Tetamu boleh terus masuk dan duduk di sofa? Perlu ada kerusi tetamu di bahagian lain yang berasingan dengan kerusi penghuni lain untuk berehat dan menonton TV? Ini semua anda yang tetapkan. Anda menetapkan ke mana arah tetamu perlu pergi dan apa aktiviti tetamu di rumah mereka. Tanyakan pada diri dan sering bandingkan dengan gambar-gambar yang dipilih dari internet mahupun majalah yang dirujuk sebelum ini.

4. Nafas Baru Pada Dinding Dan Ceiling Rumah

Tidak semestinya rumah yang lama itu buruk. Jika kelihatan usang, kita boleh memberi nafas baru dan perbaikinya semula. Rata-rata hari ini plaster siling rumah adalah kewajiban. Kemasan yang cantik dan luas yang tampak luas menjadi sebab utama siling kapur dipasang. Pilih design plaster ceiling yang dari pelbagai kombinasi downlight dan Lbox. Nak buat plaster ceiling murah di Kuala Lumpur boleh tanya kami. 🙂

Bagi dinding pula, untuk kesan yang dramatik, warna kan dengan warna-warna yang kontra dengan warna dinding asal. Jika sebelumnya gelap, diwarnakan terang. Jika warna sebelumnya terang, kita warnakan pula gelap. Terus sahaja kesan renovation rumah rumah ini akan jelas kelihatan. Tak percaya, cubalah !

5. Rombak Semula Susun Atur Perabot

Cara yang paling berkesan dalam banyak-banyak cara ialah rombak semula susun atur perabot berpandukan sumber rujukan yang diperoleh tadi dari internet, majalah mahupun rumah contoh yang dilawati. Ubah titik tumpu kedudukan perabot tersebut. Jika asalnya menghadap dinding bahagian dalam, tukar pula susunan menghadap pintu masuk dan tingkap luar. Begitu pula sebaliknya. Cari satu titik tumpu misalnya perabot menghadap TV atau menghadap pemandangan luar tingkap. Jika nak tahu, sebenarnya inilah yang selalu dilakukan oleh perunding hiasan dalaman di mana mereka mengubah suasana rumah dengan menukar titik tumpu dan susunatur perabot di rumah. Seronok bukan tahu tips ini.

Anda puas hati dengan 5 tips mudah hias rumah yang kami kongsikan ini? Kongsikan juga dengan rakan anda yang lain.

5 Tips Untuk Pemilihan Dan Pemasangan Plaster Ceiling Kuala Lumpur

  • Plaster ceiling adalah sangat sensitif pada air atau keadaan yang lembap dan basah. Elakkan daripada memasangnya berdekatan dengan sumber air atau paip air.
  • Pastikan ketinggian dari paras ceiling ke lantai sekurang-kurangnya 9 kaki supaya design plaster siling sesuai dengan ruang anda selain memudahkan kerja pemasangan.
  • Pastikan juga keluasan saiz ruang dalaman. Saiz ruang haruslah sesuai dengan design siling kapur yang dipilih. Contohnya, jika saiz ruang kecil dan sempit, siling kapur rata amat sesuai.
  • Untuk memastikan plaster siling kekal lama dan berpanjangan, gantikan kemasan cat putih setiap 5 tahun sekali.
  • Pastikan terdapat lubang disediakan di kawasan paip air atau paip aircond untuk tujuan penyelenggaraan.

 

Bayangkan Perasaan Tuan Setelah Renovation Rumah Dan Kerja Plaster Ceiling Siap

1.Gembira kerana rumah kelihatan cantik dan sedap mata memandang seperti yang di idamkan

2. Tersenyum lebar sebab rumah anda menjadi pujaan rakan-rakan

3. Teruja setiap kali nak pulang ke rumah sebab kini rumahku adalah syurgaku

4. Seronok kerana melihat anak-anak dan isteri kegembiraan dalam rumah yang di bina

5. Puas hati kerana husband selalu ada di rumah sebab rumah anda kini sangat selesa dan cantik

6. Senang hati sebab bos anda tidak “kejar” anda lagi. Kalau ada seorang pekerja, sebab dah jumpa kontraktor yang dipercayai!

Betul-Betul Nak Kami Bantu Renovate Rumah Tuan?

Kalau ya, anda layak untuk dapat PROMOSI harga dengan syarat anda ada ciri-ciri di bawah:

1. Anda nak renovate rumah, apartment, banglo, pejabat atau kedai makan.
2. Bercita rasa tinggi dan sanggup “spend” untuk kemasan yang cantik.
3. Sibuk dengan kerjaya, tiada masa dan tiada pengalaman untuk manage tukang rumah yang pelbagai ragam.
4. Tak ingin ditipu dengan pelbagai janji manis kontrakor yang tiada tanggungjawab, tiada pengalaman.
5. Boleh sampaikan dengan baik apa yang anda inginkan. Kita akan buat dalam document supaya jadi rujukan di kemudian hari.
6. Ada budget dan wang untuk bayar kontrakor bila siap renovation nanti. Maaf! Ini terpaksa tulis sebab ada juga owner yang tak bayar kami bila renovation rumah dah siap. 🙁

Kalau Tuan Ada Semua Ciri Di Atas!

Cepat dapatkan sebut harga pakej renovate rumah hari ini!

MKK Renovation & Interior Design

Apa Kata Pelanggan Kami

Jangan dengar kami, percaya apa mereka kata.
Hamzi Hassan

Hamzi Hassan

Pengetua Sekolah

MKK Plaster Ceiling memudahkan kerja saya. Dari kerja wiring, pemasangan lampu dan kipas, plaster ceiling dan kerja-kerja mengecat semuanya mereka boleh buat. Kena pula harga berpatutan. Gembiranya saya.

Captain Zamri

Captain Zamri

Pilot MAS

Kami nak pakai downlight di rumah baru. Bila tahu Mkk Plaster Ceiling buat kerja ne. Kami pilih mereka. Kerja yang kemas dan harga plaster ceiling sekaki yang competitive!

Puan Natasha

Puan Natasha

Pegawai Bank

Kerja plaster ceiling ni antara benda yang terawal korang kena buat sebelum masuk rumah. Kawan kenalkan saya dengan Mkk Plaster Ceiling. Sekarang saya pula nak kenalkan mereka kepada anda. Go MKK Plaster Ceiling!

Get in Touch

mkkniaga@gmail.com

Find us at the office

Jalan 7/7A, Seksyen 7, 43000 Bandar Baru Bangi, Selangor

Give us a ring

+6 0193746422
+6 0193746422

Monday - Saturday 9AM - 4PM

MKK Design & Renovation

> MKK Plaster Ceiling<