Dalam artikel ini, kami akan bahagikan kepada 6 bahagian. Setiap bahagian akan menceritakan detail proses yang terlibat. Di harap pengkongsian ini bermanfaat dan dapat bantu ramai orang seterunya memudahkan urusan anda untuk membina rumah idaman. 🙂 *Artikel ini akan di kemaskini dari semasa ke semasa.

Bahagian 1: 5 Langkah Mudah Cara Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Yang Perlu Anda Tahu

Bahagian 2: Apa Perkara Penting Saya Perlu Tahu Untuk Bina Rumah

Bahagian 3: Kos Untuk Bina Rumah Sendiri

Bahagian 4: Contoh Specifikasi Standard Bina Rumah

Bahagian 5: 7 Tips Dan Cara Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Tanpa Kontraktor

Bahagian 6: Bonus Bonus Bonus – Cara Bina Rumah Atas Tanah Sendiri

Hi. TOLONG ISI BORANG BINA RUMAH SEKARANG 🙂

Bahagian 1: 5 LANGKAH MUDAH CARA BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI

1. Sediakan pelan rumah berupa pelan lantai, 3D dan detail lengkap untuk dihantar ke Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk memohon kelulusan bina rumah. Ada ramai pelukis pelan bertauliah yang ada menyediakan pelan rumah. Di sinilah apa sahaja design yang anda inginkan boleh di bincangkan dengan pelukis pelan untuk di masukkan dalam drawing.

2. Memohon kelulusan Kebenaran Merancang daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Untuk permohonan ini pastikan anda dah siap sedia dengan pelan rumah yang lengkap seperti Langkah 1 tadi.

3. Seterusnya, punyai pembiayaan yang cukup. Pastikan juga anda sediakan 10 – 20% extra kerana pada kebiasaannya kos akan meningkat sebab pelan rumah dah berubah. Tetapi jika anda yang jenis tetap pendirian, maka tiada perubahan harga sebab tiada perubahan design 🙂

Ada 3 jenis pembiayaan perumahan yang cukup popular di Malaysia.
a. Cash (Duit pencen atau memang banyak duit)
b. Pinjaman bank swasta
c. Pinjaman perumahan kerajaan

4. Bina Rumah
Pilih kontraktor yang berpengalaman dan punyai record kerja yang bagus. Seeloknya buat lawatan tapak ke contoh kerja mereka dan tahu latar belakang mereka. Fokus kepada hasil kerja mereka untuk hasil yang terbaik.

5. Mendapat kelulusan Certificate of Fitness (CF).
CF dikeluarkan oleh Akitek dengan pengesahan selamat oleh semua pihak yang terlibat dalam pembinaan rumah. Engineer, pihak utility, dan BOMBA pun terlibat tau. Tujuan CF ini untuk memastikan rumah anda selamat untuk di diami dan bonus apabila rumah ada CF ianya mudah untuk di jual pada masa akan datang. Itu pun jika perlu.

Tuan Tanah: Hm..

Tuan Tanah: Panjang juga proses ini. .

Tuan Tanah: Ada yang lebih mudah tak Tuan?

MKK Renovation: Ya!

MKK Renovation: Kontraktor yang handal biasanya akan siapkan semua proses di atas. Ini namanya One Stop Centre Contraktor. Mereka akan bantu anda untuk sediakan pelan, memohon kelulusan PBT, bina rumah sampai siap dan dapat kelulusan CF. Cuma di bahagian 3 sahaja anda kena buat sendiri. Kalau cash boleh proceed dengan bina rumah, tapi kalau pinjaman hanya panduan diberikan.

bina rumah atas tanah sendiri bina rumah atas tanah sendiri

Hi. TOLONG ISI BORANG BINA RUMAH SEKARANG 🙂

Bahagian 2: APA YANG SAYA PERLU SEDIAKAN UNTUK BINA RUMAH

Sedia maklum, membina rumah kediaman di atas tanah sendiri merupakan impian setiap rakyat Malaysia terutamanya penduduk Pantai Timur. >> Artikel bina rumah atas tanah sendiri

Bidang hartanah dan pembinaan merupakan bidang yang sangat kompleks dan sukar nak difahami oleh orang kebanyakkan kerana ia memerlukan pengetahuan teknikal yang rumit. Kalau tahu sikit-sikit tu kira bonus. Kalau diikutkan dari segi kos pula; bina rumah atas tanah sendiri ini memang lebih jimat (banyak jimatnya) berbanding membeli rumah kediaman yang telah siap.

Akan tetapi, ramai yang tidak mengetahui selok-belok dalam merancang pembinaan rumah sendiri sehingga habis wang poket ke tempat yang tidak sepatutnya sehingga melebihi kos yang sebenar. Buktinya lihat berapa banyak rumah yang terbengkalai kerana pengurusan wang yang tak mahir (Selain kontrator yang tak bertanggungjawab buat lari duit). >> Artikel rumah terbengkalai

Oleh yang demikian, di harap maklumat di bawah membantu dan mudah difahami.

  • #1 Geran Tanah Atas Nama Anda

Geran amatlah diperlukan untuk mengenalpasti pemilik-nya. Pastikan geran tanah tersebut tertera nama anda sebagai pemiliknya atau nama pasangan anda, jika ( suami dan isteri ).

Sekarang ada berbagai versi pemilikan tanah, ada yang Geran Individu ada yang Geran Bersama atau lebih popular di panggil geran kongsi. Selain daripada itu, semak kategori/kegunaan tanah contohnya, pertanian/bangunan kediaman/bangunan komersial.

Jika kategorinya adalah pertanian, terserah kepada anda untuk menukar syarat atau tidak, kerana apa jua perubahan yang anda lakukan pasti akan melibatkan KOS dan pelbagai syarat yang perlu di penuhi, tak semua tapak-tapak tanah lot yang diberi memenuhi syarat untuk kita ubah kategori pemilikannya.

Jika perlu anda menukar status kepada bangunan kediaman, dalam hal ini, anda boleh buat sendiri atau guna khidmat perunding tanah/peguam (cepat le sikit tempohnye).

Keluasan tanah dan pelan tanah juga perlu diambilkira dalam menentukan keluasan dan rekabentuk kediaman binaan rumah.

  • #2 Keadaan Tanah Yang Sesuai

Ceritalah serba ringkas pasal keadaan tanah tersebut sama ada tanah rata, berbukit, hutan, tanah lembah/rendah atau tanah tambun. Kalau kawasan tu semak samun, anda perlu membersihkan sendiri tanah dahulu. Kalau tanah tu jenis tanah lembah/rendah, anda perlu tambun dahulu.

Pada kebiasaannya kontraktor cuma sediakan rumah sahaja, tetapi anda boleh meminta kontraktor untuk buat kerja membersih dan menambun tanah dengan kos tambahan.

Kos menambun tanah ni boleh dimasukkan sekali dalam bajet bina rumah dengan syarat ianya ditulis dalam perjanjian dengan kontraktor, baru bank atau kerajaan akan kira kos tersebut. Tempoh waktu menambun tanah juga perlu diberi perhatian untuk memastikan tanah cukup mendap dan tak tenggelam yang menyebabkan dinding rumah retak kelak.

  • #3 Pelan Rumah / Pelan Lantai

Bab ni menuntut anda supaya jadi pelukis handalan. Tak payah lukis cun-melecun. Asal nampak pelan susun atur yang berkenan dihati pun jadilah.

Lazimnya, arkitek/pelukis pelan akan bagi beberapa ‘sample’ sebagai rujukan anda. Pelan tanah memainkan peranan penting dalam keluasan dan pelan susun atur rumah anda, mintalah pandangan daripada arkitek/pelukis pelan.

Tapi harus diingatkan jika anda meminta arkitek atau pelukis pelan menyiapkan pelan rumah anda, maka bersedialah dengan KOS perkhidmatan mereka, ada lebih baik jika anda berbincang dengan soal harga DAHULU kemudian baru minta perkhidmatan mereka, tapi jika anda dah tahu lukis pelan lantai sendiri, maka buatlah.

Anda juga perlu pandai memilih dan mereka bentuk pelan susun atur rumah anda agar pelan tersebut memberi keselesaan kepada anda dan memudahkan untuk anda membuat tambahan struktur rumah pada masa depan, kalaulah keadaan memerlukan.

Kalau susah-susah sangat anda boleh buat carian di internet, taip je pelan lantai, bermacam-macam design ada. Banyak idea yang akan diperoleh nanti.

  • #4 Bajet Kewangan Yang Cukup

Perlu ambil perhatian bahawa bajet kewangan akan menentukan keluasan, rekabentuk dan spesifikasi rumah anda. Biasanya, arkitek/ pelukis dan pelan/ kontraktor akan membuat anggaran harga berdasarkan keluasan sesebuah rumah.

Kos penyediaan pelan lakaran rumah, bayaran kepada badan berkanun sehingga kelulusan pelan diperolehi dan bayaran untuk mendapatkan Certificate of Fitness (CF) anda perlu tanggung sendiri.

Ditambah pula apabila anda bina rumah anda menggunakan pinjaman bank atau kerajaan, anda perlu lantik peguam untuk urus penyediaan dokumen pinjaman. Dapatkan nasihat daripada arkitek/ pelukis, pelan/ kontraktor, peguam tentang anggaran bajet kewangan rumah idaman anda.

Tapi jika anda memilih untuk membina rumah berkonsep binaan di atas tanah kampung (tanpa documen lengkap), sebenarnya lagi menjimatkan, banyak kos-kos lain boleh dikurangkan tetapi pastikan binaan mengikut piawaian keselamatan (WAJIB!) dan pelan tapak bersesuaian dengan kehendak anda, tapi lepas rumah siap jangan lah pulak mintak CF pula sebab untuk dapat CF dokumen kena lengkap.

  • #5 Spesifikasi Yang Baik

Apa itu spesifikasi? Spesifiksai adalah bahan-bahan yang akan digunakan dalam membina rumah, contohnya penggunaan batu-bata samada bata simen atau bata merah untuk dinding rumah, rangka pintu dan tingkap samada kayu atau besi aluminum, kemasan lantai samada simen konkrit atau jubin seramik dan lain-lain.

Spesifikasi atau standard bahan binaan yang elok akan memain peranan yang cukup besar dalam kos pembinaan rumah. Sebab itu ramai yang terpedaya dengan kontraktor-kontraktor terdesak di luar sana. Selalunya tuan rumah terpedaya dengan janji-janji manis mu dengan harga kos yang sangat murah di pasaran, contoh macam Dato BELON , boleh bina rumah banglo bersaiz 1500 sq.ft dengan nilai tidak masuk akal – hanya RM50 ribu sahaja!

Di ingatkan jangan mudah terpedaya, kalau dapat kontraktor yang tawarkan harga murah, sepatutnya anda perlu rasa 2 perkara ni :

  • 1- RUMAH ANDA TAK KAN SIAP!
  • 2- RUMAH ANDA SIAP, TAPI SIAP SEPARUH JE, TERPAKSA CARI KONTRAKTOR LAIN UNTUK SIAPKAN!

Anda memang patut risau dengan harga yang murah terlajak ini. Kalau kontraktor ni kata dia boleh dapat harga murah di pasaran, pastikan yang dia adalah menantu tokeh kedai hardware ataupun ada kedai sendiri.

Pastikan arkitek/pelukis pelan memasukkan spesifikasi didalam pelan lakaran mereka secara bertulis untuk mengelakkan konflik di kemudian hari. Ada beberapa kes  kontraktor menganggap kerja mereka betul manakala pelanggan tak berpuas hati dengan apa yang disediakan oleh kontraktor sebab tiada perjanjian bertulis dari awal. Ingat, pastikan specifikasi bertulis untuk memastikan barang binaan adalah yang dipersetujui oleh kedua belah pihak. Jangan nanti, bila ada masalah, baru nak menyesal.

Seterusnya, bila pelan lakaran rumah telahpun siap dan telah diluluskan oleh PBT, barulah anda perlu fikirkan langkah seterusnya, buat pinjaman bank atau kerajaan… bagi yang poket tebal, takpa la, boleh bina terus je…

Pilihlah pinjaman yang terbaik… kontraktor yang terbaik… dan peguam yang terbaik… untuk menguruskan pembinaan rumah idaman anda…

Ingat tu, cari lah kontraktor yang anda boleh nampak hasil binaan mereka, yang penting mereka wujud di alam maya atau dunia sebenar, jumpa dan berbincang betul-betul dan pastikan cara bayaran berkala mengikut progress binaan.

Tamat.

Kredit: Mohd Ariff Samad

cara bina rumah atas tanah sendiri cara bina rumah atas tanah sendiri cara bina rumah atas tanah sendiri

Hi. TOLONG ISI BORANG BINA RUMAH SEKARANG 🙂

Bahagian 3: BERAPA KOS UNTUK BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI

Bagi anda yang tiada ilmu kejuruteraan civil atau seni bina rumah maka kami syorkan anda menggunakan kaedah ini.

Pertama sekali, anda mesti mengetahui terlebih dahulu saiz atau keluasan rumah yang akan anda bina, berapa tingkat, 1 tingkat atau 2 tingkat atau 3 tingkat ?

Sebaik sahaja anda menetapkan saiz rumah yang akan dibina, kemudian darabkan dengan harga membina sebuah rumah per kaki persegi.

Contoh Jika anda membina sebuah rumah bungalow 2 tingkat dengan saiz :

  • Luas Ruang Tingkat Bawah = 2,000 kaki persegi
  • Luas Tingkat Atas = 1,000 kaki persegi

Contoh Kadar Harga Barang Termasuk Upah Kontaktor

  • Tingkat Bawah RM 120/kaki persegi
  • Tingkat Atas RM130/kaki persegi
  • Harga kos menyediakan pelan termasuk submition RM1.20 / kaki luas

Contoh Pengiraan Ringkas Kos Membina Rumah :

Keluasan rumah
2,000 kp + 1,000 kp = 3,000 kp

Harga menyediakan pelan
3,000 kp x RM1.20 sekaki luas = RM3,600

Harga membina rumah tingkat bawah
2,000kp x RM120/kaki persegi = RM240,000

Harga membina rumah tingkat atas
1,000kp x RM130/kaki persegi = RM130,000

Jadi kos membina rumah anda ialah ;

Kos membina rumah : RM240,000 + RM130,000 = RM370,000.00

Kos cukai jualan GST : RM370,000 x 6% GST = RM22,200.00

RM370,000 + RM22,200 = RM 392,200.00 kos bina rumah atas tanah sendiri untuk keluasan 3000 kaki per segi.

Namun demikian ada lagi kos tersembunyi seperti;

  • Yuran Guaman
  • Sumbangan PBT bergantung pada tempat
  • Pendaftaran utiliti (air dan elektrik) deposit
  • Insuran dan perlindungan
    + Anggaran dalam RM5,000 hingga 10,000 untuk kesemuanya bergantung kepada sesuatu perkara.

Oh ya, pastikan anda dapatkan senarai spesifikasi yang ditawarkan dengan harga tersebut oleh kontraktor seperti jenis bahan yang digunakan, jenis kekuda bumbung samada kayu atau besi, saiz mozek lantai di setiap ruang, jenis batu yang digunakan, jenis pintu, jenis aksesori seperti lampu dan sebagainya.

Hi. TOLONG ISI BORANG BINA RUMAH SEKARANG 🙂

Bahagian 4: CONTOH SPESIFIKASI & LAYOUT UNTUK BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI

Contoh: Layout Rumah

Cara Bina Rumah Atas Tanah Sendiri

Contoh: Spesifikasi Rumah

cara bina rumah atas tanah sendiri

Bahagian 5: 7 TIPS DAN CARA BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI TANPA KONTRAKTOR

1. Geran Tanah Rumah Milik Anda

Mula-mula sekali pastikan geran tanah kat mana anda nak bina rumah tu sudah pun ditukar milik kepada nama anda jika tanah tersebut tanah pusaka atau tanah yang anda beli sendiri.

2. Upah Arkitek Yang Kreatif

Upah arkitek yang boleh dipercayai untuk merekabentuk rumah idaman anda. Pastikan berlaku komunikasi 2 hala yang baik antara anda dan pihak arkitek. Jelaskan kepada arkitek secara terperinci apa yang anda mahukan untuk rumah idaman anda itu nanti.

Antara perkara biasa yang perlu diperhatikan ialah :-

Jumlah bilik dan tandas, kedudukan setiap ruang contohnya kat mana master bedroom, kat mana nak letak dapur, kat mana nak letak ruang tamu 1, ruang tamu 2 dan juga keluasan setiap ruang juga perlu diambil kira.

Jenis atap yang anda inginkan. Minta arkitek cadangkan beberapa jenis atap yang ada di pasaran. Pastikan juga arkitek merekabentuk atap yang cantik, mengikut trend perumahan masa kini dan paling utama dapat menghalang air hujan dan panas matahari. Jangan sampai cantik sahaja tapi tak berfungsi dengan baik!

Jenis frame tingkap dan material tingkap. Ada banyak jenis dari yang murah hinggalah ke mahal. Juga jenis tingkap samada tingkap labuh atau saiz biasa. Untuk trend semasa, ramai yang menggunakan tingkap jenis labuh.

Susun atur dalam tandas. Kat mana letak sinki, kat mana shower head dan kat mana mangkuk tandas.

Elektrikal dan wiring juga perlu di bincangkan seperti jumlah point untuk lampu, kipas, suis dan soket.

Biasanya pihak arkitek akan menyediakan beberapa jenis lukisan seperti lukisan arkitek, lukisan struktur (besi), lukisan elektrikal (lampu, kipas dll) dan mekanikal (paip air bersih, paip najis dll).

3. Harga Upah Tukang Yang Rasional Dan Tidak Terlalu Mahal

Jika boleh, lakukan sedikit survey bagi mengetahui harga upah tukang buat rumah. Harga upah membina rumah setingkat dan dua tingkat adalah berbeza. Bergantung kepada tukang berapa upah yang diminta.

Oh ya! Pilih tukang yang ada testimoni kerja yang bagus dan harga yang rasional. Sebaiknya pergi buat lawatan ke rumah yang mereka dah siapkan dan kaji latar belakang mereka. Utamakan tukang yang berkualiti dan senang untuk berbicara.

INGAT! Tukang inilah yang akan menentukan kemasan rumah anda baik atau tidak dan siap atau sebaliknya. Silap pilih tukang akan menyebabkan duit habis dan masa banyak terbuang. Elakkan masalah di masa hadapan, pilih tukang yang betol.

Untuk pengetahuan anda, dalam membuat sebiji rumah korang kena bekerja dengan lebih dari sorang tukang.

Tukang buat rumah biasanya hanya melakukan kerja-kerja pembinaan, mengikat bata dan plaster dinding. Kerja-kerja lain seperti

  1. Kerja perpaipan,
  2. Kerja wiring untuk lampu, suis, soket,
  3. Kerja mozek,
  4. Kerja memasang atap,
  5. Kerja plaster ceiling
  6. Kerja mengecat dan
  7. Kerja menanam rumput dan juga
  8. Kerja memasang grill memerlukan tukang mahir yang lain.

4. Perjanjian Antara Pemilik Dan Tukang Rumah

Buat satu perjanjian bertulis dengan tukang rumah yang dilantik. Perjanjian yang sah dari segi undang-undang hendaklah dimatikan dengan setem hasil yang anda boleh beli kat LHDN.

Di dalam surat perjanjian tersebut, jangan lupa nyatakan berapa kadar upah yang telah dipersetujui beserta jumlah keluasan yang akan dibina. Nyatakan juga kos-kos lain yang mungkin akan terlibat sepanjang pembinaan seperti kos menyewa crane, kos menyewa lori, kos menyewa mixer, kos paku dan peralatan kecil yang diminta oleh tukang.

Sekiranya kos terbabit ditanggung oleh pemilik, maka tulis lah didalam perjanjian itu yang kos-kos sebegitu adalah atas tanggungan pemilik. Jika ditanggung oleh tukang, maka nyatakan ia ditanggung oleh tukang. Jangan hanya membuat perjanjian mulut. Perjanjian mulut biasanya nanti pasti akan menimbulkan masalah.

5. Sediakan Buku Catatan Perbelanjaan

Walaupun rumah yang dibina adalah rumah anda dan anda jugalah kontraktornya, sebaiknya catatkan segala perbelanjaan yang terlibat. Seeloknya, sediakan 2 buah buku.

Buku pertama untuk catitan perbelanjaan membina rumah seawal kos menyediakan pelan, kos bayaran kepada majlis, kos bayaran kepada TNB untuk penyambungan api.

Buku kedua adalah catitan bayaran kepada tukang-tukang rumah yang terlibat.

Untuk pengetahuan anda, dalam membuat sebiji rumah korang kena bekerja dengan lebih dari sorang tukang.

Tukang buat rumah biasanya hanya melakukan kerja-kerja pembinaan, mengikat bata dan plaster dinding. Kerja-kerja lain seperti kerja perpaipan (kena masuk sekali dengan dengan pembinaan), kerja wiring untuk lampu, suis, soket dll, kerja mozek, kerja memasang atap, kerja mengecat dan kerja menanam rumput dan juga kerja memasang grill memerlukan tukang mahir yang lain.

6. Membayar Upah Mengikut Progress Kerja

Seringkali terjadi tukang rumah lari, kerja tak siap, upah dah dibayar habis. Bila dah terjadi macam ni apa lagi yang boleh kita buat melainkan menyesal tak sudah. So elakkan perkara sebegini terjadi kepada anda.

Ambil pengajaran daripada kejadian yang berlaku kat kawan kita , yang berlaku kat jiran kita mahupun yang berlaku kat keluarga kita.

Jadi di awal-awal perjanjian pastikan anda bagitahu tukang yang anda akan menahan wang mereka sekurang-kurangnya sebanyak 5%. 5% ini adalah jaminan kerja dilaksanakan sehingga siap.

Setelah itu pastikan anda membayar tukang pada hari yang sama setiap minggu. Buat penilaian sendiri berapa peratus kerja yang sudah disiapkan. Dari situ anda perlu membuat kira-kira agak-agak berapa jumlah yang boleh dibayar pada minggu tersebut. Biasanya tukang pasti akan meminta bayaran melebihi kerja yang sudah disiapkan untuk di bawa ke hadapan untuk beli barang dan upah pekerja. Ini anda kena bijak dan berbudi bicara jangan sampai melebihi melampau dan menyebabkan kerja tak siap nanti!

Jangan lupa meminta tukang menurunkan tandatangan setiap kali pembayaran dibuat. Catit berapa upah yang kita bayar, kemudian minta tukang cek dan jika betul amaunnya barulah sign. Kalau boleh update kat tukang berapa lagi baki duit dorang yang ada pada korang.

7. Order Bahan Binaan Secara Bijak

Bahan binaan biasanya akan sampai lambat jika order time raya cina. Kebanyakan supplier adalah orang cina. Jadi, mereka biasanya akan cuti lama dalam 2 minggu. Cek status kerja ditapak bina rumah anda, apa bahan binaan yang diperlukan segera dan order cepat sebelum raya cina.

Untuk atap dan mozek, anda boleh ja order awal. Sebab pembekal biasanya tak akan hantar bahan bahan tu kalau tak perlu lagi. Jadi lebih baik order awal, kalau tak progress kerja boleh terbantut sebab kalau tak ada atap, tukang tak boleh teruskan pada kerja-kerja plaster dinding. Atap adalah elemen yang sangat penting dalam membina rumah. Banyak kerja yang akan terbengkalai kalau atap masih belum siap.

Bahan binaan seperti pasir, batu bata dan simen bukanlah bahan yang perlu diorder terlalu awal. Sebab bahan-bahan ini banyak ja dijual dan mudah didapati. Kalau harini habis, esok dah boleh dapat. Jadi benda asas ini, boleh order ikut keperluan kerja.

Tamat.

Ha..Bagaimana?

Boleh anda aturkan semua ini.

Jika YA,

Anda dah boleh pertimbangkan untuk jadi lantik diri anda sebagai kontraktor sendiri!

Jika anda punyai masa dan kepakaran untuk menguruskan orang yang ramai, boleh la berkira-kira untuk buat rumah sendiri tanpa kontraktor.

Lebih jimat tapi letihnya ya amat.

Apa-apa pun Good Luck dan pastikan rumah idaman anda siap!

  • Tak mahu pening kepala?
  • Tidak punyai masa?
  • Tiada kepakaran?

Serahkan kepada yang pakar!

Hubungi kami dan jom bina rumah atas tanah sendiri dengan harga promosi!

Kredit: Bina Rumah Langkawi 

Bahagian 6: BONUS BONUS BONUS – CARA BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI

Pastikan anda memilih kontraktor yang betul untuk bina rumah idaman anda. Bayangkan perasaan Tuan Puan apabila rumah yang di bina atas tanah sendiri siap nanti:

  1. Gembira sebab rumah siap awal dan cantik
  2. Seronok sebab dapat lihat anak-anak membesar dalam rumah yang anda bina
  3. Teruja nak jemput mak ayah dan family datang rumah baru
  4. Bahagia sebab isteri selalu berterima kasih dapat rumah baru
  5. Puas hati sebab nilai wang kini terlalu kecil dibandingkan dengan keselesaan isteri dan anak-anak
  6. Tenang sebab cita-cita anda nak ada rumah atas tanah sendiri tercapai

Hi. TOLONG ISI BORANG BINA RUMAH SEKARANG 🙂

Akhir kata, kami doakan anda mendapat rumah idaman yang di kehendaki. Pastikan kajian menyeluruh di buat segenap sudut untuk memastikan anda mendapat hasil yang terbaik dalam kos bina rumah, kontraktor yang jujur dan bertanggungjawab, arkitek dan pelukis plan yang mahir dan PBT yang memudahkan kerja.

Nak buat dengan kami?

Kerja-kerja lain yang berkaitan:


Leave a Reply