Nak Cantikkan Ruang Dalaman?

Jom dapatkan anggaran kos upah pereka hiasan dalaman dengan kami hari ini. 🙂

**FREE Drawing, FREE Consultation, FREE Site Visit**

**Lihat hasil kerja kami di FB atau boleh datang ke office kami untuk hasil portfolio kerja hiasan dalaman**

pereka dalaman pereka dalaman

pereka dalaman rumah pereka dalaman rumah pereka dalaman malaysia

Tapi Sebelum Tu..

Ini 6 Konsep Hiasan Dalaman Yang Perlu Anda Tahu

1. Ruang
Rekaan ruang dalaman amat bergantung kepada saiz ruang, besar atau kecil

2. Pencahayaan
Perlu ada cahaya samaada cahaya semula jadi dari matahari atau lampu

3. Pengudaraan
Penting untuk kesihatan. Cuaca panas dan lembab di negara kita memaksa designer untuk memastikan sistem peredaran udara yang baik dapat di bekalkan

4. Warna
Memberi kesan ilusi ruang supaya lebih luas, ceria dan mengikut mood yang cuba di tonjolkan. Pemilihan warna dinding, perabot, langsir, lampu perlu perlu seragam utuk memberi kesan yang menyeluruh terhadapt hiasan dalaman rumah.

5. Aksessori
Mereka ialah hiasan pokok bunga, batu hias, akuarium, pasu, bonzai dan pelbagai lagi untuk menaikkan gaya rumah.

6. Layout / Susun Atur Rumah
Susun atur yang betul harus di terapkan dalam rumah untuk memastikan keseimbangan dan kesusuaian yang betul.

pereka hiasan dalaman pereka hiasan dalaman

Dan..

Ini Pula Kesilapan Hiasan Dalaman Yang Harus Anda Elakkan

1. Terlalu Banyak Frame Gambar
Ini masalah utama pereka dalaman Malaysia yang “tak bertauliah” apabila berbicara soal dekorasi dalaman. Kalau boleh semua gambar mahu diletakkan dalam frame gambar supaya pabila ada tetamu datang rumah dapat tengok dan bertanya. Apa yang lebih menyedihkan adalah frame konvokesyen sebesar alam itu rasanya cukup sekadar diisi dalam ruang bilik sahaja (itu pun tak perlu rasanya) dan tidak perlulah letak di ruang tamu sebab hari ini semua orang pun graduate dari universiti atau kolej setidaknya.

2. Kabel Yang Tidak Di Sorok
Masalah ini antara yag dipandang ringan. Kabel dibiar berselirat dan tidak diletak kemas dan disorok dengan baik. Apa yang patut dilakukan adalah membuat satu sistem kemasan yang bersesuaian. Yang mana boleh diikat atau disatukan jangan dibiar sahaja, satukan kabel-kabel ini.

3. Terlalu Banyak Motif
Pemilihan motif seharusnya tidak terlalu banyak dan dominan. Corak floral memang orang kita suka tetapi kalau penuh satu rumah dengan corak floral yang pelbagai warna tak ke pening dibuatnya? Sebaiknya penggunaan motif harus lebih minimal dan perlu lebih fokus pada item tertentu sahaja.

4. Banyak Sangat Pasu
Ini satu lagi masalah orang kita, setiap sudut diisi dengan pasu baik yang besar, yang kecil dan tak kurang juga yang suka mengumpul bunga telur dari majlis orang kahwin. Tahu tak pasu-pasu ini hanya bakal menjadi ruang simpan habuk akhirnya? Jadi tidak perlulah kiranya menyusun banyak sangat pasu sebagai dekorasi.

5. Dinding Berwarna Penuh
Masih ada lagi yang belum faham apa itu feature wall dan menggunakan warna yang terlalu dominan seperti hijau atau biru untuk dicat seluruh rumah. Lupakan semua itu kerana ia hanya akan mengundang sakit mata sahaja.

6. Lindung Pencahayaan
Disebabkan sofa baru, almari baru semua dah sampai, maka ruang menjadi makin kecil malah ada yang menutup sumber cahaya yang sangat diperlukan dalam kediaman. Hal ini hanya akan menjadikan kediaman gelap, kusam dan tak menarik

Mencari Pereka Hiasan Dalaman?

Jom dapatkan anggaran kos upah pereka hiasan dalaman Malaysia hari ini

Kerja-kerja lain yang berkaitan:

Anda boleh lawati FB kami untuk melihat hasil kerja pereka dalaman kami di SINI. 🙂