5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Buat Plaster Ceiling Malaysia

1. Pemilihan Design Plaster Ceiling Malaysia

Ada banyak pilihan yang boleh anda pilih dengan pelbagai bentuk asalkan bersesuaian dengan kehendak anda. Terdapat berbagai-bagai jenis ceiling yang pelanggan perlu tahu seperti; Plaster ceiling rata, Cornice (ruang bilik dan ruang tamu), L-Box (mesti ada light through – biasanya di ruang tamu dan bilik), Bitten (biasa di cornice dan ingin menampakkan kemeriahan dalam ruang tamu) dan Bunga atau Dome (biasa ditengah kipas/lampu hiasan)

plaster ceiling malaysiaplaster ceiling malaysiaplaster ceiling malaysiaplaster ceiling malaysia

2. Apa Perlu Buat Sebelum Memasang Plaster Ceiling Malaysia
Pekerja akan menyiapkan urusan wiring terlebih dahulu. Wiring perlu jalan dahulu kerana ia lebih memudahkan kerja. Sekiranya plaster ceiling sudah dibuat, baru pendawaian hendak dijalankan, ia akan merumitan kerja plaster ceiling. Anda perlu tahu di manakah lokasi lampu downlight, lampu chandeliar, kipas dan lampu gantung anda hendak diletakkan. Ini penting untuk susunan kerja pemasangan plaster ceiling. Lagipun, sekiranya anda ingin memasang kipas dan lampu chandelier, wireman perlu memasang hook di ceiling asal bagi tujuan menyangkut kipas dan lampu chandelier tersebut. Pemasangan hook sebaik-baiknya dibuat awal sebelum pemasangan plaster ceiling. Walaubagaimanapun, kerja wiring dan plaster ceiling boleh jalan serentak.

3. Menentukan Ketinggian Plaster Ceiling Malaysia
Di antara perkara yang perlu dilihat sebelum memasang plaster ceiling ialah ketinggiannya. Plaster ceiling tidak sesuai untuk rumah yang berketinggian 8.5 kaki ke bawah. Rumah akan kelihatan kecil dan nampak kecil sekiranya ceilingnya terlalu rendah. Jika dipasang kipas pula, dikhuatiri bilah kipas akan terkena seseorang. Ketinggian 9-10 kaki tinggi adalah tinggi yang baik selepas memasang plaster ceiling. Ia akan menyebabkan ruang tampak luas. Baik,untuk mengetahui level plaster ceiling, kita perlu lihat di manakah beam rumah. Pada kebiasaannya kita memasang ceiling betul-betul di bawah beam. Ini bertujuan untuk menutup beam yang menggangu pandangan. Kita akan ambil 2 inci sekurang-kurangnya dibawah beam untuk kita pasang aluminium bar. Berdasarkan 2 inci bawah beam, kita akan pasang plaster ceiling yang lain dengan level yang sama.

4. Jarak Antara Ceiling Asal Dengan Plaster Ceiling Yang Akan Dipasang.
Jarak plaster ceiling dengan ceiling asal adalah sekurang-kurangnya 8-10 inci. Kerana kita akan memasang lampu downlight bulat. Lampu downlight bulat memanjang mempunyai ketinggian 6 inci. Kita akan mengambil 2-4 inci untuk proses memasang lampu downlight bulat. Sekiranya kita mahu mengambil jarak kurang dari 8-10 inci, boleh juga. Tetapi kita kena memasang lampu downlight 4 segi. Ia lebih pendek dan tidak perlu mengambil banyak ketinggian ruang.

5. Ceiling Asal Yang Rendah
Sekiranya ceiling asal rumah anda rendah, anda tidak dinasihatkan memasang plaster siling. Rendah di sini bermaksud kurang 8 kaki. Apa yang kita boleh buat ialah, ceiling asal anda boleh di “skim” dengan sejenis simen putih untuk ia kelihatan licin seolah-olah memasang plaster plaster. Walaubagaimanapun, kita tidak boleh memasang downlight kerana tidak ada ruang. Untuk tujuan memasang lampu, dicadangkan kita pasang L-box di sebelah tepi ceiling dan memasang lampu T5 di sekeliling ceiling. Ini menjadikan bilik terang dengan suasana ambience.

Mencari Kontraktor Plaster Siling? 
Hubungi pakar dan specialist plaster ceiling ikut kawasan di bawah

AREA 1: Kuala Lumpur, Bangi, Kajang, Cheras, Sg. Besi, Seri Kembangan and Nilai

AREA 2: Sepang, Kota Warisan, Seremban and Neighborhood Area

AREA 3: Ampang, Wangsamaju, Gombak, Sentul, Kepong, Damansara and Neighborhood Area

P/S. Lihat Kemasan Kerja Kami Di Sini

Kerja-kerja lain yang berkaitan:

Anda boleh lawati FB kami untuk melihat hasil kerja kami di SINI

P/S: Untuk lebih informasti tentang design plaster ceiling malaysia, plaster ceiling malaysia price, plaster ceiling malaysia design, plaster ceiling price malaysia, plaster ceiling price per square feet atau seumpamanya boleh dapatkan di MKK Plaster Ceiling hari ini!

Categories: Uncategorized

Leave a Reply