Plaster Ceiling Murah. Buat Plaster Siling Impian Anda Hari Ini

Assalamualaikum.

Kami adalah pakar plaster siling yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan mempunyai pengalaman selama lebih 3 tahun.

Kami telah membantu ramai orang untuk buat plaster siling dengan harga yang murah dan berpatutan.

Kami menawarkan servis memasang dan membekal plaster siling murah ke seluruh Kuala Lumpur dan Selangor.

Harga yang kami berikan adalah sesuai dengan kualiti yang kami tawarkan.

Anda boleh lawati FB kami untuk melihat hasil kerja kami di SINI. 🙂

Jika anda ada ciri-ciri berikut:

1. Baru beli dan pindah ke rumah impian
2. Nak cantikkan siling asal rumah sendiri atau keluarga
3. Mahu pakai downlight dan buat sedikit kerja wiring di rumah
4. Inginkan sebut harga plaster siling murah dan terkini
5. Terkejut dan naik darah kerana harga plaster siling rumah yang amat mahal
6. Tercari-cari dan ingin tahu harga terkini pemasangan plaster siling dan kos buat plaster siling
7. Mencari specialist atau pakar plaster siling yang berpengalaman dan hasil kerja yang cantik dan kemas

Kami Ada Berita Gembira Untuk Anda

Kami adalah kontraktor yang benar, berkaliber dan dapat selesaikan isu di atas.

Pilih kami dan anda tidak perlu risau ditipu kontraktor yang tidak bertanggungjawab.

Tentang kos plaster siling, kami tawarkan harga plaster siling murah.

Lagi luas kawasan yang dibuat lagi murah harga plaster siling.

Nak tahu lebih lanjut tentang kos plaster siling. Klik SINI

Kami Kongsikan Tips Menghias Rumah Cara Professional

1. Cari Idea Dari Sumber “PERCUMA”

Mulakan membuat rujukan tentang idea dekorasi mengikut kesesuaian minat dan citarasa kita seisi keluarga. Dengan cara ini , kita telah dapat membuat penjimatan terhadap kos melantik perunding hiasan dalaman professional. Kita boleh dapat khidmat nasihat percuma dari Encik Google, Majalah hiasan dalaman, dan cara paling meletop adalah dengan cara berjalan-jalan dapatkan idea di rumah-rumah contoh yang disediakan oleh pemaju perumahan. Masih tak jumpa idea? Bercakap dengan kami hari ini.

2. Tetapkan Budget Mengikut Kemampuan

Setelah pilih konsep dan tema hiasan dalaman bagi kediaman, kita perlu berpijak di bumi nyata pula. Tetapkan budget mengikut kemampuan. Setiap ruang kita berikan anggaran kos yang akan dibelanjakan. Misalnya ruang tamu maksimum RM10 ribu sahaja, ruang makan RM8 ribu, bilik utama RM5 ribu dan seterusnya bilik-bilik yang lain. Dengan adanya budget yang ditetapkan ini bolehlah mencari kontraktor atau desinger. Barulah tidak buang masa kedua belah pihak dan anda akan lebih yakin berbual!

3. Lagak Sebagai Tetamu

Pilih konsep sudah, budget pun sudah, sekarang kita mulakan menghias. Semasa menghias, lagaklah seperti tetamu yang datang berkunjung ke rumah. Berdiri di depan muka pintu rumah dan melangkah masuk. Apa yang perlu ada dari pintu masuk hingga ke ruang-ruang lain? Perlukah ruang masuk disekat dan membentuk “Foyer” terlebih dahulu? Tetamu boleh terus masuk dan duduk di sofa? Perlu ada kerusi tetamu di bahagian lain yang berasingan dengan kerusi penghuni lain untuk berehat dan menonton TV? Ini semua anda yang tetapkan. Anda menetapkan ke mana arah tetamu perlu pergi dan apa aktiviti tetamu di rumah mereka. Sambil-sambil itu renung setiap ruang dan buatkan kotak kecil dengan jari dihadapan mata, seolah-olah sedang ambil gambar dari lensa kamera? Adakah imej yang dihasilkan kelihatan cantik? Atau ruang kelihatan terlalu kosong atau juga terlalu sarat? Tanyakan pada diri dan sering bandingkan dengan gambar-gambar yang dipilih dari internet mahupun majalah yang dirujuk sebelum ini.

4. Berikan Nafas Baru Pada Dinding Dan Siling Rumah

Tidak semestinya rumah yang lama itu buruk. Jika kelihatan usang, kita boleh memberi nafas baru dan perbaikinya semula. Rata-rata hari ini plaster siling rumah adalah kewajiban. Kemasan yang cantik dan luas yang tampak luas menjadi sebab utama plaster siling dipasang. Pilih design plaster siling yang dari pelbagai kombinasi downlight dan Lbox. Nak buat plaster siling yang simple dan plaster siling murah boleh tanya kami. 
Bagi dinding pula, untuk kesan yang dramatik, warna kan dengan warna-warna yang kontra dengan warna dinding asal. Jika sebelumnya gelap, diwarnakan terang. Jika warna sebelumnya terang, kita warnakan pula gelap. Terus sahaja ruang nampak lain. Tak percaya, cubalah !

5. Rombak Semula Susun Atur Perabot

Cara yang paling berkesan dalam banyak-banyak cara ialah rombak semula susun atur perabot berpandukan sumber rujukan yang diperoleh tadi dari internet, majalah mahupun rumah contoh yang dilawati. Ubah titik tumpu kedudukan perabot tersebut. Jika asalnya menghadap dinding bahagian dalam, tukar pula susunan menghadap pintu masuk dan tingkap luar. Begitu pula sebaliknya. Cari satu titik tumpu misalnya perabot menghadap TV atau menghadap pemandangan luar tingkap. Jika nak tahu, sebenarnya inilah yang selalu dilakukan oleh perunding hiasan dalaman di mana mereka mengubah suasana rumah dengan menukar titik tumpu dan susunatur perabot di rumah. Seronok bukan tahu tips ini.

Anda puas hati dengan 5 tips mudah hias rumah yang kami kongsikan ini? Kongsikan juga dengan rakan anda yang lain.

Tak Sabar Nak Hias Rumah Dengan Plaster Siling?

Hubungi pakar dan specialist plaster ceiling ikut kawasan di bawah

AREA 1: Kuala Lumpur and Neighborhood Area

AREA 2: Sepang, Kota Warisan, Nilai, Seremban and Neighborhood Area

AREA 3: Damansara, Kepong, Shah Alam, Puncak Alam and Neighborhood Area

P/S. Lihat Kemasan Kerja Kami Di Sini

Lihat Antara Pilihan Design Plaster Siling

plaster siling murah plaster siling murahplaster siling murahplaster siling murah

Hubungi pakar dan specialist plaster ceiling ikut kawasan di bawah

AREA 1: Kuala Lumpur and Neighborhood Area

AREA 2: Sepang, Kota Warisan, Nilai, Seremban and Neighborhood Area

AREA 3: Damansara, Kepong, Shah Alam, Puncak Alam and Neighborhood Area

P/S. Lihat Kemasan Kerja Kami Di Sini

Kerja-kerja lain yang berkaitan:

Anda boleh lawati FB kami untuk melihat hasil kerja kami di SINI.